'Dr Mahathir pentingkan politik peribadi, bukannya rakyat'

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO menegaskan tindakan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kemelut politik hari ini bertujuan menjaga kepentingan politik peribadi dan bukan demi kepentingan rakyat negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu dalam aspek tertentu, Dr Mahathir juga dilihat mengganggu kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri atau membubarkan Parlimen.

Menurutnya, gangguan ini jelas apabila Dr Mahathir mendahului istana dengan mengusulkan atau memberikan andaian bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kepada sebuah kerajaan campuran, yang tidak berasaskan parti dan kepentingan politik.

“Tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan sangat tidak menghormati proses penentuan Perdana Menteri, yakni calon yang diyakini mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti, yang masih dalam kiraan dan pertimbangan oleh pihak Seri Paduka Baginda.

“Kedua, Dr Mahathir adalah seorang Perdana Menteri Interim yang mempunyai had dan bidang kuasa terhad.

“Bagaimanapun, tindakan beliau tidak menggambarkan bidang kuasa yang terhad dan sementara. Sebaliknya, beliau bertindak seperti seorang Menteri yang berkuasa penuh untuk melantik kabinet dan mengadakan sidang Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Mohamed Khaled lagi, Perdana Menteri Interim sebenarnya mempunyai had dan bidang kuasa terhad namun tindakan Dr Mahathir menggambarkan beliau mempunyai kuasa penuh untuk melantik Kabinet dan mengadakan sidang Parlimen.

“Adalah tidak tepat untuk Dr Mahathir terus memberikan gambaran bahawa beliau adalah Perdana Menteri berkuasa penuh yang mesti kekal kerana mempunyai sokongan majoriti di Parlimen. Ini kerana, kuasa melantik Perdana Menteri adalah sepenuhnya di bawah Yang di-Pertuan Agong dan bukannya Parlimen seperti yang dicadangkan olehnya.

Artikel Berkaitan:

“Saranan beliau bahawa pelantikan Perdana Menteri adalah ditentukan oleh Parlimen adalah salah, tidak mempunyai asas undang-undang, mencabar lunas keluhuran Perlembagaan dan sangat tidak menghormati kuasa dan fungsi Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Tun M tidak kisah jika Muhyiddin ganti jadi PM

Kenyataan Tun M guris perasaan UMNO: Annuar

PH kritik Tun M dalam isu persidangan khas Parlimen