Jangan kita lupa nikmat sepuluh malam terakhir Ramadan

Hari ini, Ramadan sudah memasuki hari yang ke 16. Gambar hiasan
Hari ini, Ramadan sudah memasuki hari yang ke 16. Gambar hiasan
A
A
A

HARI ini, Ramadan sudah memasuki hari yang ke 16. Pejam celik Syawal akan menjelang lebih kurang 14 hari lagi.

Masa inilah juga, lagu raya akan mula didendangkan di corong-corong radio manakala pusat membeli-belah pula mula mengadakan jualan murah.

Barang-kali pecutan jualan untuk habiskan stok pun bermula, pelbagai harga dan tawaran menarik ditawarkan peniaga kepada pengunjung.

Walaupun jualan online tidak kurang hebatnya, jualan fizikal masih menjadi pilihan pelanggan kerana dapat merasai pengalaman membeli dan membuat tawar menawar, kerana proses itu menghidupkan urusan jual beli.

Saat ini jugalah, seperti tahun-tahun lalu berulanglah rutin sama kepada ketua keluarga untuk menyiapkan persiapan untuk menyambut lebaran dengan meriahnya.

Setiap ibu bapa sememangnya akan melakukan perkara yang terbaik untuk keluarga mereka.

Merak Jalanan sangat kagum dengan persiapan menyambut lebaran ini, cuma kadang-kala apa yang merisaukan adalah kita terlalu berlebih-lebihan.

Sampai ada sesetengah daripada kita terlupa akan hakikat sebenar Ramadan dan sambutan Syawal itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

Kita terlalu ghairah buat persiapan untuk dua hari, tetapi terlupa perjalanan mencari keberkatan dan keredaan kehidupan sebenar kita yang pendek di dunia atau selepas kematian nanti.

Kesempatan ini Merak Jalanan nak berpesan, dalam keasyikan kita berbelanja atau membuat persiapan lebaran, janganlah kita lupakan nikmat sepuluh malam terakhir Ramadan.

Kejarlah Lailatul Qadar kerana tahun hadapan, belum pasti lagi kita dapat merasai nikmat Ramadan.

Inilah nikmat sebenar kita, masih berbaki beberapa hari sebelum Ramadan berlalu pergi.

Merak Jalanan bukan ustaz, tapi baru nak start!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!