Didenda RM10,000 naikkan harga topeng muka

Sebuah premis di Bandar Sunway, Petaling Jaya dikompaun RM10,000 selepas didapati menjual topeng muka melebihi harga kawalan.
Sebuah premis di Bandar Sunway, Petaling Jaya dikompaun RM10,000 selepas didapati menjual topeng muka melebihi harga kawalan.
A
A
A

PETALING JAYA - Tindakan sebuah premis menjual topeng muka RM10 sepeket membawa padah apabila dikompaun sebanyak RM10,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, sepasukan anggota menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Bandar Sunway pada jam 11 pagi 12 Februari lalu hasil aduan orang awam berkenaan penjualan topeng muka melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

“Siasatan mendapati premis terbabit menjual topeng muka pada harga RM10 sepeket (3 keping) sedangkan harga maksimum yang ditetapkan ialah RM2.40 sepeket (3 keping).

“Ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemilik premis yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun telah hadir ke pejabat KPDNHEP Petaling Jaya semalam untuk membayar kompaun sebanyak RM10,000.

Katanya, pihaknya memandang serius dan mengingatkan mana-mana peniaga untuk tidak mengambil kesempatan untuk menjual topeng muka melebihi harga yang tidak ditetapkan.

"Tindakan serius akan dikenakan dan pemantauan akan terus dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan: