Delegasi Jururawat Malaysia harap waktu kerja 45 jam dibatalkan

Pelaksanaan waktu kerja dari 42 ke 45 jam seminggu bagi jururawat seperti diumumkan KKM sebelum ini ditangguhkan selama tiga bulan lagi supaya pelbagai isu berbangkit ditangani terlebih dahulu.
Pelaksanaan waktu kerja dari 42 ke 45 jam seminggu bagi jururawat seperti diumumkan KKM sebelum ini ditangguhkan selama tiga bulan lagi supaya pelbagai isu berbangkit ditangani terlebih dahulu.
A
A
A

SHAH ALAM - Delegasi Jururawat Malaysia (DJM) berharap tempoh penangguhan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu bagi jururawat selama tiga bulan lagi akan digunakan sebaiknya pihak kerajaan untuk membatalkan penambahan jam bekerja itu sepenuhnya.

DJM berkata menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa berkata, pembatalan berkenaan turut diharapkan kekal untuk selama-lamanya dan cadangan berkenaan tidak dibangkitkan lagi.

“Semoga tempoh tiga bulan ini digunakan sebaiknya oleh pihak atasan untuk membatalkan penambahan jam ini sepenuhnya sampai bila-bila,” katanya.

Terdahulu, Senator, Dr A Lingeswaran berkata, pelaksanaan waktu kerja dari 42 ke 45 jam seminggu bagi jururawat seperti diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini ditangguhkan selama tiga bulan lagi supaya pelbagai isu berbangkit ditangani terlebih dahulu.

Kata Lingeswaran, perkembangan baharu tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kepada sekumpulan ahli Parlimen dan senator yang menemuinya untuk membincangkan isu berkenaan.

Hantaran DJM di Facebook mereka pada Selasa mengenai pelaksanaan waktu kerja 45 jam jururawat.
Hantaran DJM di Facebook mereka pada Selasa mengenai pelaksanaan waktu kerja 45 jam jururawat.

Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, KKM akan membuat permohonan moratorium mengenai pelaksanaan waktu bekerja itu dan perkara terbabit akan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut beliau, dalam hal itu, JPA telah meluluskan tempoh interim selama tiga bulan mulai 1 Disember 2024 hingga 28 Februari ini bagi membuat persediaan ke arah pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam di KKM.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mencadangkan agar KKM dan JPA mengekalkan waktu bekerja petugas sektor itu selama 42 jam seminggu seperti dilaksanakan sebelum ini.

Pengerusinya, Suhaizan Kaiat berkata, keputusan tersebut dibuat selepas selesai mengadakan tiga sesi libat urus bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) bagi mendengar sendiri isu berbangkit.

Kata beliau, sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, fokus perlu diberikan kepada penambahan bilangan kakitangan kesihatan dengan segera untuk mengurangkan beban tugas sedia ada dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!