Jururawat nekad berhenti kerja demi keluarga

Siti Hajar bersama dua daripada tiga anaknya.
Siti Hajar bersama dua daripada tiga anaknya.
A
A
A

ALOR SETAR - Kesulitan dialami sepanjang melalui perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama suami yang bertugas sebagai tentera menyebabkan seorang bekas jururawat di sebuah hospital kerajaan di Selangor mengambil keputusan berhenti kerja.

Siti Hajar Musa, 34, berkata, anak sulung mereka tinggal bersama suaminya ketika itu tetapi dalam masa yang sama suaminya juga perlu terlibat dengan aktiviti luar.

“Kadang-kadang suami terpaksa masuk operasi di hutan jadi kami terpaksa meninggalkan anak kepada pengasuh dalam tempoh yang lama.

“Memikirkan nasib anak ketika itu saya nekad untuk berhenti kerja. Itulah alasan paling kukuh untuk saya buat keputusan selepas berkhidmat selama lima tahun sebagai jururawat di hospital kerajaan,” katanya.

Menurutnya, selepas berhenti kerja, dia kemudiannya mencuba nasib sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor.

Siti Hajar berkata, selepas berpindah ke hospital swasta, dia dapat merasai perbezaan terutamanya dari segi pengurusan kerja.

“Enam tahun saya bertugas di hospital swasta. Memang banyak beza. Semua kakitangan di sini diberi peluang untuk berkembang dan cari pengalaman.

“Saya tidak menyesal tinggalkan kerjaya di hospital kerajaan. Saya rasa lapang dada,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!