Beberapa ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara

Ahli-ahli Parlimen BN tiba dengan menaiki bas di Istana Negara hari ini. -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli-ahli Parlimen BN tiba dengan menaiki bas di Istana Negara hari ini. -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bas dinaiki sejumlah ahli Parlimen Pas tiba di Istana Negara kira-kira jam 2.49 petang tadi melalui pintu kedua istana.

Pada jam 3.10 petang, kenderaan dinaiki Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula memasuki perkarangan istana.

Kira-kira 15 minit kemudian, kenderaan dinaiki

Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula memasuki perkarangan istana melalui pintu sama.

Pada jam 3.20 petang, Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sejurus kemudian pada jam 3.35 petang, dua bas dipercayai dinaiki ahli parlimen Barisan Nasional (BN) atau UMNO tiba di pintu masuk bersama beberapa kereta lain.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut tiba menaiki kereta.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menemuramah 90 ahli parlimen pada hari ini berhubung situasi semasa politik negara.

Baginda juga akan mengenal pasti ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong