Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Panas terik tidak menghalang petugas media melaporkan situasi terkini politik tanah air.
Panas terik tidak menghalang petugas media melaporkan situasi terkini politik tanah air.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bangunan Putra Perdana yang menempatkan pejabat Perdana Putra dilihat menjadi tumpuan pemimpin politik negara yang memasuki bangunan itu.

Selepas Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba jam 9.29 pagi, kenderaan membawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilihat memasuki bangunan tersebut jam 10.20 pagi.

Azizah dan Nurul Izzah bagaimanapun dilihat keluar sejam selepas itu.

Tidak lama kemudian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut tiba jam 10.50 pagi diikuti Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 11.18 pagi.

Difahamkan antara yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beberapa lagi pemimpin utama parti dipercayai telah tiba antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memasuki bangunan itu melalui laluan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba jam 11.39 pagi.

Sementara itu, pihak media tidak berganjak dari pintu utama JPM meskipun cuaca panas terik.

Artikel Berkaitan: