Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Tuan Ibrahim tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tuan Ibrahim tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas tiba di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk satu perjumpaan khas sebelum ke Istana Negara jam 2 petang ini.

Antara yang kelihatan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah;

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Nik Mohamad Abduh tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Nik Mohamad Abduh tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Daripada Pas, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong

Kesemua mereka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.