Pelajar tahfiz didakwa dibunuh, Kelantan sokong siasatan semula

Ruhani (kanan) dan suaminya, Wan Abdul Rahman Wan Yaacob, 79, (kiri) menunjukkan gambar arwah Wan Ahmad Faris yang tinggal sebagai kenangan buat mereka.
Ruhani (kanan) dan suaminya, Wan Abdul Rahman Wan Yaacob, 79, (kiri) menunjukkan gambar arwah Wan Ahmad Faris yang tinggal sebagai kenangan buat mereka.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyokong penuh tindakan menyiasat semula kes kematian Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati tergantung di dalam tandas sebuah tahfiz di Kok Lanas di sini jika terdapat penemuan bukti baharu dalam inkues sebagaimana dituntut keluarga.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, hal ini kerana polis memutuskan siasatan kes tersebut telah ditutup selepas tiada unsur jenayah dikesan.

"Saya ikuti rapat perkembangan berhubung dengan niat keluarga itu dan kerajaan negeri simpati dengan apa yang berlaku.

"Semasa kes berlaku saya adalah Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi dan kita sentiasa mendapat maklumat terkini daripada pihak polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak di sini.

Mohamed Fadzli (lapan dari kiri) semasa merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.
Mohamed Fadzli (lapan dari kiri) semasa merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa memberikan kerjasama penuh dalam siasatan kes tersebut.

Ujarnya, jika ada penemuan baharu termasuk keputusan inkues, maka beliau sendiri merasakan kes tersebut patut dibuka semula demi mencari keadilan buat mangsa.

"Kita menyokong sebab kita mahu keadilan. Kalau ada yang bersalah, kita mahu pihak terbabit dihukum.

"Apa yang berlaku sekarang ini adalah keputusan inkues datang kemudian, iaitu selepas polis memutuskan kes ini tiada unsur ketiga.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kalau ada penemuan baharu dan didapati ada merit, kita serah kepada polis untuk siasat dan kalau perlu dibuka semula... maka buka semula penyiasatan dan kita (kerajaan negeri) akan menyokong," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, selepas lebih sedekad tragedi, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris terus mendesak siasatan dibuka semula sehingga individu yang bertanggungjawab terhadap kematian tragis pelajar tahfiz itu dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Ibunya, Ruhani Hussin, 70, meluahkan rasa kecewa apabila siasatan pihak berkuasa terhadap kematian anaknya pada 12 Disember 2013 di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas di sini, masih belum membawa kepada penangkapan suspek atau penemuan motif pembunuhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!