Kerajaan digesa henti gertak penunjuk perasaan antirasuah - C4 Center

Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan pada 25 Januari lalu di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan pada 25 Januari lalu di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa melakukan tiga tuntutan termasuk menghentikan intimidasi terhadap penunjuk perasaan antirasuah yang juga mahasiswa dan ahli Sekretariat Rakyat Benci Rasuah.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berkata, langkah itu bagi memastikan masa depan demonstrasi dilindungi di bawah hak kebebasan bersuara dan persatuan.

Menurut kenyataan tersebut, tuntutan lain termasuk memperkenalkan Akta Pembiayaan Politik dan mengasingkan pejabat Peguam Negara dan pendakwa raya supaya pendakwaan kes berprofil tinggi bebas daripada campur tangan politik.

“C4 Center telah berulang kali mempersoalkan apa yang disebut kerajaan Madani mengenai komitmen terhadap antirasuah dan peristiwa sebelum ini telah menimbulkan keraguan terhadap perkara berkenaan.

“Siasatan dan penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah penyelesaian kekal untuk menyelesaikan permasalahan sistem dalam institusi kita.

Kenyataan media C4 Center pada Rabu.
Kenyataan media C4 Center pada Rabu.

“Kerajaan Madani perlu menghidupkan semula agenda pembiayaan politik dan membentangkan akta berkaitan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah diadakan pada 25 Januari lalu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda untuk bersama-sama menentang rasuah.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, seramai 13 penuntut universiti hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan penganjuran program tersebut.

Tambah kenyataan tersebut, dua himpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Rakyat Benci Rasuah terutamanya kumpulan yang diketuai pelajar merupakan tindak balas terhadap skandal rasuah kerajaan negeri Sabah, selain menggesa kerajaan menggubal reformasi antirasuah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!