Wajib pertahankan agama, tapi jangan sampai jadi pembunuh

Laporan Sinar Harian mengenai suspek ugut pelawak terkenal, Harith Iskandar dan keluarga ditahan polis.
Laporan Sinar Harian mengenai suspek ugut pelawak terkenal, Harith Iskandar dan keluarga ditahan polis.
A
A
A

TAK habis-habis isu pelawak terkenal, Harith Iskander sejak menimbulkan kontroversi jenaka sarkastik di laman sosial sehingga menyinggung hati umat Islam.

Pelawak yang pernah dinobatkan sebagai Funniest Person In The World membatalkan persembahan yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Ahad lalu selepas dia dan keluarganya didakwa menerima ugutan bunuh.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai membuat dua ugutan ke atas pelawak tersebut dan keluarga, ditahan serta direman.

Bagi Merak Jalanan, niat mempertahankan imej agama daripada dipersendakan adalah satu kewajiban setiap umat Islam. Namun, ia tidak seharusnya sampai mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Mengugut bunuh bukanlah prinsip murni diajarkan dalam agama Islam. Ancaman keselamatan sebegini menunjukkan ketidakmatangan individu berkenaan dalam menyelesaikan konflik, juga akan memberi imej negatif keseluruhan umat Islam kononnya ekstrem apabila berdepan konflik.

Biarlah sebarang isu menyentuh sensitiviti kaum dan agama diselesaikan mengikut undang-undang negara kita.

Merak Jalanan setuju pendekatan berhemah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila sedia berjumpa dengan Harith untuk menyelesaikan isu ini.

Contohilah tindakan pejuang Hamas yang membebaskan beberapa tawanan Israel setelah perjanjian gencatan senjata antara Gaza-Israel dimeterai minggu lalu. Walaupun penduduk Gaza dibunuh secara beramai-ramai oleh askar IDF dan diberikan layanan zalim selama ini, kesemua tawanan Israel dibebaskan mengakui mereka diberi layanan baik sepanjang tempoh ditahan.

Bagi Merak Jalanan, aspek mempertahankan keharmonian kaum dapat dicapai sekiranya kita mampu menghormati fahaman agama dan budaya orang lain tanpa perlu membuat provokasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!