Tesla rempuh tiga kenderaan, lima cedera

Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tengku Ismail pada Ahad. Foto Polis Temerloh
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tengku Ismail pada Ahad. Foto Polis Temerloh
A
A
A

TEMERLOH – [DIKEMAS KINI] Lima individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Tengku Ismail di sini pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Tesla dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain termasuk sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan dari arah bandar Temerloh menghala ke Mentakab.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah Perodua Myvi merah.

“Akibat rempuhan itu, kereta Myvi berkenaan terdorong ke hadapan sebelum melanggar sebuah motosikal Yamaha yang diletakkan berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Keadaan kereta Myvi selepas dirempuh sebuah Tesla di Jalan Tengku Ismail pada Ahad. Foto Polis Temerloh
Keadaan kereta Myvi selepas dirempuh sebuah Tesla di Jalan Tengku Ismail pada Ahad. Foto Polis Temerloh

Beliau berkata, Tesla dipandu lelaki berkenaan turut merempuh sebuah lagi Perodua Viva biru yang diparkir di kawasan sama.

Menurut Mohd Nasyim, susulan itu pemandu Perodua Myvi berusia 32 tahun disyaki patah bahu kanan.

Artikel Berkaitan:

“Tiga lagi penumpang termasuk seorang wanita berusia 29 tahun mengalami lebam pada perut, manakala seorang wanita berusia 28 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera ringan.

“Kesemua mangsa termasuk pemandu Tesla menerima rawatan di hospital,” katanya.

Tambah Mohd Nasyim, penunggang motosikal dan pemandu Perodua Viva masing-masing berusia 43 tahun tidak cedera kerana tidak berada dalam kenderaan ketika kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Ringkasan AI

  • Lima individu termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera dalam kemalangan di Temerloh
  • Kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk sebuah kereta Tesla yang hilang kawalan
  • Pemandu Tesla dalam perjalanan dari bandar Temerloh ke Mentakab ketika kejadian
  • Sebuah motosikal Yamaha dan dua kereta Perodua, Myvi merah dan Viva biru, turut terlibat
  • Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!