Berhimpun perangi rasuah

AWANG rasa pelik juga apa sebabnya pihak berwajib nak halang ‘Himpunan Rakyat Benci Rasuah’ hari ini. Patutnya anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH ikut serta himpunan ini.
Bukankah lawan rasuah jihad peribadi Tuk Seri PMX? Sesuai sangat dengan aspirasi penganjur himpunan ini.
Polis tak patut halang himpunan ini. Patutnya dipermudahkan. Kita ada undang-undang yang membolehkan himpunan aman. Itu hak rakyat dalam negara demokrasi. Masa kerajaan dalam pembangkang, mereka sebahagian daripada gerakan Bersih.
Tak payahlah mana-mana pihak bagi alasan tentang venue atau tempat berhimpun. Orang yang nak demo tahu di mana laluan berkumpul. Macam dalam himpunan Bersih 1 dan 2 dulu, walau dengan sekatan banyak mana pun mereka berhimpun juga.
Awang cuma nak ingatkan Menteri Komunikasi yang nampaknya keras sangat nak halang demo ini. Pada tahun 2015 Fahmi tulis “Berhimpun dengan aman adalah satu hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan. Selamat meraikan demokrasi.” Ada #Kita Lawan dalamnya. Hari ini Fahmi tulis dalam cuitannya, “Peraturan jelas, nak demo kena dapat kebenaran pemilik tapak.” Mungkin kerana sibuknya dia terlupa cuitannya masa di luar kerajaan dulu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
