Wahai Indonesia, janganlah tunggu umum bencana nasional!

Sampai bila Malaysia dan negara jiran lain perlu menanggung derita setiap kali Indonesia dilanda kebakaran hutan dan tanah.
Sampai bila Malaysia dan negara jiran lain perlu menanggung derita setiap kali Indonesia dilanda kebakaran hutan dan tanah.
A
A
A

MERAK Jalanan tertanya-tanya, sampai bila Malaysia dan negara jiran lain perlu menanggung derita setiap kali Indonesia dilanda kebakaran hutan dan tanah?

Isu ini seolah-olah acara tahunan yang tidak pernah dialu-alukan, apabila hutan terbakar, asap dan jerebu merentas sempadan hingga mengganggu kehidupan rakyat.

Mangsa bukan rakyat Indonesia sahaja, malah rakyat Malaysia turut terkesan apabila jerebu menjejaskan aktiviti luar, riadah dan kualiti udara.

Jadi, tawaran bantuan Malaysia wajar dilihat sebagai semangat kejiranan dan kerjasama ASEAN yang kita banggakan.

Namun, jika bantuan perlu menunggu pengisytiharan bencana nasional, timbul persoalan sejauh mana teruknya keadaan sebelum bantuan luar diperlukan?

Kerajaan Indonesia mungkin yakin mampu menangani krisis dengan sumber tempatan. Itu hak mereka untuk menilai kemampuan sendiri.

Namun apabila kesannya merentas sempadan, isu ini bukan lagi sekadar pengurusan bencana domestik, tetapi turut membabitkan tanggungjawab terhadap negara jiran.

Merak Jalanan tidak menuduh Presiden Prabowo Subianto atau kerajaan Indonesia menolak bantuan demi menjaga imej, namun jangan sampai keinginan berdikari melambatkan usaha membantu rakyat.

Apa gunanya semangat ASEAN jika setiap kali masalah rentas sempadan berlaku, negara jiran hanya mampu menawarkan bantuan sambil menunggu keputusan?

Artikel Berkaitan:

Wahai Indonesia, rakyat sendiri sedang sengsara. Negara jiran pun sudah terasa bahangnya.

Jangan tunggu sampai semuanya diisytiharkan sebagai bencana nasional, barulah nak bertindak. Asap tidak tunggu pengisytiharan untuk rentas sempadan!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!