'Jangan bimbang, Pas tak akan tunggang himpunan ini' - Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli.
Ahmad Fadhli.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas beri jaminan bendera parti tidak akan berkibar di Himpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara yang akan berlangsung Sabtu ini.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyertaan Pemuda Pas itu hanya sebagai tanda sokongan terhadap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR) yang berhimpun.

"Adik-adik jangan bimbang. Kami tidak akan tunggang himpunan ini, silakan berhimpun.

"Pemuda Pas hanya nyatakan sokongan terhadap anda untuk berhimpun sahaja, kerana anda rakyat Malaysia yang bebas.

"Jadi sepatutnya tiada halangan untuk anda berhimpun atas apa jua sebab. Pas juga tiada halangan untuk ahlinya sertai himpunan ini, sebagaimana tiada halangan untuk ke pasar malam atau masjid, ia atas nama individu bukan atas nama ahli," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Tangkap layar laporan akhbar Sinar Harian pada Jumaat.
Tangkap layar laporan akhbar Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, SRBR memberi amaran kepada pemuda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membawa sebarang imej parti semasa menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara, Sabtu ini.

SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menunggang perhimpunan berkenaan untuk kepentingan politik.

Menurut Setiausaha SRBC, Zaim Zulkifli dipetik sebagai berkata, himpunan berkenaan tidak dibiayai oleh mana-mana parti politik baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, satu rakaman video perlu dilakukan sebagai bukti sekiranya ada individu yang mengibarkan bendera parti di perhimpunan berkenaan.

"Berhubung bendera Pas, saya beri jaminan tiada bendera parti yang akan berkibar esok di himpunan ini.

"Jika ada, mohon buat rakaman individu berkenaan untuk disiasat dan dikenakan tindakan jika merupakan ahli parti kami. Selamat berhimpun," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!