Timbalan pengarah agensi kerajaan antara direman disyaki minta rasuah setengah juta

Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank sebuah syarikat perunding yang berperanan sebagai orang tengah.

Dua individu berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman pada Selasa.
Dua individu berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN – Dua individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM600,000 daripada syarikat pelabur sebagai balasan membantu memudahkan urusan mendapatkan kelulusan yang dipohon.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki telah ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Salah seorang individu direman itu merupakan timbalan pengarah agensi kerajaan.
Salah seorang individu direman itu merupakan timbalan pengarah agensi kerajaan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2019 hingga 2024.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank sebuah syarikat perunding yang berperanan sebagai orang tengah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!