Terjun laut elak ditahan, cubaan seludup kayu bakau tumpas

Bot fiber berisi kayu bakau yang dipercayai cuba diseludup dirampas berdekatan jeti Pulau Ketam di sini pada Khamis.
Bot fiber berisi kayu bakau yang dipercayai cuba diseludup dirampas berdekatan jeti Pulau Ketam di sini pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Tindakan dua lelaki melarikan diri ketika menyedari kehadiran bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor membongkarkan cubaan menyeludup 50 batang kayu bakau berdekatan Jeti Pulau Ketam di sini pada Khamis.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, rampasan dijalankan kira-kira jam 11.30 malam itu hasil maklumat risikan yang dijalankan di perairan negeri ini.

"Bot maritim bertugas sebelum itu telah diatur gerak untuk melakukan tangkapan, namun setibanya di lokasi, sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran didapati cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Pada masa sama, dua lelaki bertindak bertindak terjun ke laut dan berenang ke daratan untuk melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan sarat dengan muatan 50 batang kayu bakau.

"Kes disiasat di bawah Akta Perhutanan negara 1984 iaitu memindahkan hasil hutan tanpa lesen atau permit yang sah.

"Bot fiber serta muatan yang dirampas dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, Maritim Selangor sentiasa melakukan rondaan di perairan negara bagi mengekang aktiviti haram di laut.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti jenayah di Zon Maritim Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Selangor melalui talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!