Jihan diperdaya RM300,000, trauma dipukul bekas kekasih

Jihan kesan luka akibat dipukul bekas kekasihnya.
Jihan kesan luka akibat dipukul bekas kekasihnya.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Bukan sahaja mengalami kerugian lebih RM300,000, seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa turut menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Jihan berkata, dia mula terpedaya dengan janji manis seorang penjawat awam dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bertugas di Langkawi berjanji mengahwininya dan mendakwa dalam proses berpisah dengan isterinya walaupun sudah mempunyai seorang anak.

“Namun apa yang diberitahu lelaki tersebut adalah tipu dan saya pernah ‘diserang’ isterinya ketika berada di Langkawi,” katanya ketika ditemui pemberita dekat sini pada Jumaat.

Jihan menunjukkan laporan polis dibuat di IPD Langkawi pada Rabu.
Jihan menunjukkan laporan polis dibuat di IPD Langkawi pada Rabu.

Jihan yang merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berkata, kerana percaya pada janji untuk berkahwin, dia memenuhi permintaan lelaki tersebut termasuk membelikan kereta mewah BMW, motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000 dan cermin mata berharga RM2,000.

Dakwa ibu tunggal itu, dia turut memberikan wang yang dimasukkan dalam akaun bank lelaki itu setiap bulan termasuk membelikan jet ski untuk kekasihnya menjalankan perniagaan di sana.

"Saya mengikut kehendaknya memberi apa saja termasuk wang sejak 2023. Namun keadaan berubah apabila dia menunjukkan sikap panas baran selepas saya tidak lagi memberikan wang kepadanya sejak tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

“Saya pernah dimaki hamun lelaki ini, malah pada jam 3.13 petang 10 Oktober 2023, dia turut mencekik saya sehingga meninggalkan kesan merah selain di mata akibat ditumbuk serta kepala dihantuk," katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkannya trauma selain mendakwa lelaki itu turut mengugut mahu mengaibkan dirinya dan keluarga jika tidak menurut kehendaknya.

Dakwanya, penjawat awam itu juga pernah mengacu pisau ketika bergaduh pada tahun lalu.

“Saya terpaksa menyekat nombor telefon dia bagi mengelakkan ugutan berterusan. Disebabkan rasa tidak tahan dan mahu menamatkan semua ini, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashaari, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!