Seorang lagi pekerja syarikat pengendali umrah rebah

Seorang lagi pekerja wanita syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci rebah dipercayai akibat serangan panik dan sesak nafas.
Seorang lagi pekerja wanita syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci rebah dipercayai akibat serangan panik dan sesak nafas.
A
A
A

SEPANG - Seorang lagi pekerja wanita syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci rebah dipercayai akibat serangan panik dan sesak nafas.

Pekerja berkenaan difahamkan telah berada di syarikat tersebut sejak tiga hari lalu bermula Isnin.

Pasukan perubatan dilihat membawa keluar pekerja tersebut pada jam 12.56 tengah hari.

Sebelum ini, seorang pekerja wanita dipercayai dari unit kewangan syarikat tersebut dilaporkan rebah akibat serangan panik dan kegelisahan pada Selasa.

Peguam yang mewakili jemaah, Raudah Rais & Associates, Siti Raudah Mohd Rais pada Rabu berkata, seramai 18 daripada 379 jemaah menerima semula wang selepas pihak syarikat pengendali umrah gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan pada Selasa berkata syarikat pengendali umrah itu berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Ujar Khairul Firdaus, tindakan itu berkuat kuasa pada Rabu sekiranya syarikat berkenaan gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.

Artikel Berkaitan:

Pekerja berkenaan difahamkan telah berada di syarikat tersebut sejak tiga hari lalu bermula Isnin.
Pekerja berkenaan difahamkan telah berada di syarikat tersebut sejak tiga hari lalu bermula Isnin.

Sementara itu, pihak polis dilihat hadir ke syarikat tersebut pada jam 2 petang bagi melakukan siasatan dalaman dan mengosongkan premis.

Pihak media turut diarahkan berada di luar kawasan bangunan berkenaan supaya tidak menganggu sepanjang proses siasatan polis.

Difahamkan pengarah syarikat tersebut akan mengadakan satu sidang media pada jam 5 petang ini di pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!