Jemaah 'berkampung' tiga hari di syarikat pengendali umrah

DENGKIL - Masih ramai jemaah dilihat berada di kawasan syarikat pengendali umrah ketika ini.
Rata-rata mereka memaklumkan telah 'berkampung' di pejabat berkenaan sejak tiga hari lalu bermula Isnin bagi menuntut penerimaan semula wang mereka.

Selain itu, bakal jemaah yang dijadualkan mengikuti pakej umrah pada 22 dan 25 Februari tahun ini juga dilihat hadir di syarikat tersebut bagi mengetahui status mereka.
Difahamkan satu sidang media akan diadakan oleh wakil jemaah di pekarangan lobi pejabat berkenaan.
Peguam yang mewakili jemaah, Raudah Rais & Associates, Siti Raudah Mohd Rais pada Rabu berkata, seramai 18 daripada 379 jemaah menerima semula wang selepas pihak syarikat pengendali umrah gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci.
Sebelum ini, syarikat pengendali umrah itu berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.
Tegas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan, tindakan itu berkuat kuasa pada Rabu sekiranya syarikat berkenaan gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!