Polis mohon kesan remaja, hilang selepas keluar ke sekolah

Mohamammad Adi Syahmi Rashdan dilapor hilang sejak Khamis.
Mohamammad Adi Syahmi Rashdan dilapor hilang sejak Khamis.
A
A
A

SERDANG - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Lestari Perdana Seri Kembangan di sini, sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan berhubung kehilangan Remaja itu dibuat oleh seorang wanita berusia 42 tahun pada Jumaat.

"Remaja lelaki dikenali sebagai Mohamammad Adi Syahmi Rashdan dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 12.15 tengah hari untuk ke sekolah, namun sehingga kini dia masih belum pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, remaja berkenaan berkulit cerah, bermata sepet, berketinggian 162 sentimeter dan berat badan kira-kira 60 kilogram.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Yusof Hasan Ganny di talian 03-80762222," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis meminta bantuan orang ramai mencari remaja lelaki 14 tahun hilang di Taman Lestari Perdana Seri Kembangan
  • Laporan kehilangan dibuat oleh wanita 42 tahun pada Jumaat
  • Mohammad Adi Syahmi Rashdan hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah pada Khamis tengah hari
  • Remaja tersebut berkulit cerah, bermata sepet, tinggi 162 cm, berat 60 kg
  • Orang ramai diminta hubungi polis atau Inspektor Muhammad Yusof di talian 03-80762222 bagi sebarang maklumat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!