14,000 pelajar direkodkan ponteng tahun lepas

Sebahagian peserta Program 'Zero 2 Maker' bergambar kenangan dengan Dr Salmee selepas Majlis Perasmian Pertandingan Akhir Program 'Zero 2 Maker' di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini semalam.
Sebahagian peserta Program 'Zero 2 Maker' bergambar kenangan dengan Dr Salmee selepas Majlis Perasmian Pertandingan Akhir Program 'Zero 2 Maker' di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah merekodkan seramai 14,000 pelajar sekolah rendah dan menengah ponteng sekolah di negeri ini tahun lepas.

Jumlah berkenaan membabitkan kira-kira 400,000 pelajar daripada 750 sekolah.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia dan Pembangunan Insan, Dr Salmee Said bagaimanapun berkata,

peratus pelajar ponteng di Kedah menurun selepas pelaksanaan Program Ziarah Cakna oleh Kementerian Pendidikan bermula Januari tahun ini.

"Angka berkenaan nampak besar tetapi anggarannya sekitar empat atau lima pelajar sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pertandingan Akhir Program 'Zero 2 Maker' di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini semalam.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Kesenian) Jabatan Pelajaran Negeri, Iswani Ismail; Pengarah Inovasi dan Entrepreneur Asia School Of Business, Profesor Rajesh Nair dan Ketua Pusat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Masyarakat Awam Bank Pembangunan Asia (ADB), Christopher Ian Morris.

Dr Salmee bersyukur apabila mendapati peratusan pelajar ponteng sekolah semakin menurun sehingga 50 peratus sejak program Ziarah Cakna dilaksanakan.

Katanya, guru akan ke rumah pelajar dan menyelami masalah yang dihadapi bagi membolehkan bantuan diberi dan sehingga kini turut menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, kira-kira 28 pasukan daripada 10 sekolah mengambil bahagian dalam Program 'Zero 2 Maker' bertemakan 'Mencipta Usahawan Hari Esok' tersebut.

Antara pihak terbabit, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan ADB dengan kerjasama Menteri Besar Kedah Incorporated dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam menjayakan Program 'Zero 2 Maker'.