63 kes chikungunya dicatatkan di Taman Mahsuri, Jitra

Mansor
Mansor
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 63 kes chikungunya direkodkan di Taman Mahsuri Fasa 2C dekat Jitra dari 3 Januari sehingga semalam, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kubang Pasu telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk gotong-royong. 

"Gotong-royong melibatkan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), beberapa agensi lain dan komuniti setempat.

"Inisiatif ini sebagai langkah awal bagi mengelakkan kes bertambah di taman itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengambil berat kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal, terutamanya membuang sampah di tempat disediakan bagi mengelak pembiakan nyamuk.

"Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit sendi dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan terdekat. Jangan biar gejala semakin parah kerana dibimbangi boleh menyebabkan kejadian lebih serius,” katanya.

PKD Kubang Pasu dalam hantaran di Facebook memaklumkan mengadakan operasi kawalan wabak tidak terkawal chikungunya dari 7 hingga 15 Februari berikutan peningkatan kes di taman itu kerana risiko penularan lebih tinggi dalam komuniti setempat. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Sebanyak 63 kes chikungunya direkodkan di Taman Mahsuri Fasa 2C dekat Jitra dari 3 Januari sehingga semalam tanpa kematian dilaporkan
  • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kubang Pasu telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk gotong-royong
  • Gotong-royong melibatkan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), SWCorp, beberapa agensi lain dan komuniti setempat
  • Mansor Zakaria menasihatkan orang ramai mengambil berat kebersihan dan membuang sampah di tempat yang disediakan
  • PKD Kubang Pasu mengadakan operasi kawalan wabak chikungunya dari 7 hingga 15 Februari untuk mengelak penularan di komuniti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!