Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
"Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," menurut jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. - Bernama
Ringkasan AI
- Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menyebabkan lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga
- Kawasan terbabit ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim
- Tahap berjaga-jaga bermakna suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan maklumat ini
- Maklumat terkini status cuaca panas boleh dirujuk di laman web MetMalaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
