Tapak binaan biak nyamuk aedes

Seramai 20 warga asing dan dua warga tempatan yang berada di tapak binaan ditahan bagi tujuan pemeriksaan.
Seramai 20 warga asing dan dua warga tempatan yang berada di tapak binaan ditahan bagi tujuan pemeriksaan.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sebuah tapak pembinaan rumah di Kota Malim Prima di sini bukan sahaja dikenakan notis akibat gagal mematuhi peraturan pembinaan, malah diarah menghentikan operasi selama 14 hari selepas dikesan menjadi tempat pembiakan aedes.

Tindakan itu diambil susulan operasi mengejut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini.

Pengarah CIDB Perak, Saini Saidi berkata, penutupan itu dilakukan selepas pemeriksaan menemui sembilan lokasi aktif dan 64 lagi kawasan berpotensi untuk pembiakan nyamuk di tapak pembinaan terbabit.

"Syarikat kontraktor dikenakan tindakan henti operasi berkuatkuasa hari ini sehingga 3 Mac depan mengikut Seksyen 8 (3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana mempunyai lebih daripada lima tempat pembiakan.

"Keadaan ini dikhuatiri memberi risiko ancaman wabak denggi bukan sahaja kepada pekerja tapak binaan, tetapi penduduk di sekitar kawasan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Saini (kiri) mengetuai Operasi Bersepadu di sebuah tapak pembinaan rumah di Kota Malim Prima hari ini.
Saini (kiri) mengetuai Operasi Bersepadu di sebuah tapak pembinaan rumah di Kota Malim Prima hari ini.

Beliau berkata, operasi selama tiga jam itu turut menahan 22 pekerja termasuk dua warga tempatan untuk diperiksa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, 16 pekerja binaan tidak memiliki Kad Hijau CIDB dan tiada akreditasi, sementara tiga warga asing dikesan tidak memiliki pasport.

Artikel Berkaitan:

"CIDB turut mengeluarkan notis N2/2015 dan N10/2015 bagi kesalahan tidak memiliki kad hijau dan tidak mempunyai akreditasi kepada syarikat kontraktor terlibat.

"Kita dapati tapak pembinaan yang baru setahun dibangunkan ini dikendalikan enam syarikat kontraktor dengan nilai projek RM16.2 juta bagi pembinaan 110 unit rumah dua tingkat," katanya.

Tapak pembinaan diarah henti operasi selama 14 hari selepas dikesan jadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.
Tapak pembinaan diarah henti operasi selama 14 hari selepas dikesan jadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Sementara itu, Saini berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak RM376,700 nilai kompaun berjaya dikutip hasil 286 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negeri.

"Antara kesalahan tertinggi direkodkan termasuklah kad hijau dan belum mendapat akreditasi CIDB," katanya.