KKM lepas nyamuk aedes berwolbachia tangani kes denggi

Lukanisman (kiri) ketika Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia Taman Bemban Jaya pada Selasa.
Lukanisman (kiri) ketika Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia Taman Bemban Jaya pada Selasa.
A
A
A

JASIN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pelepasan nyamuk aedes berwolbachia secara berperingkat sebagai solusi mengawal kes-kes demam denggi terutama di negeri yang mencatatkan peningkatan kes.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia itu akan dimanfaatkan di sebanyak 27 lokaliti termasuk Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang selain akan diperluaskan ke Saba

Menurutnya, sebanyak 300,000 nyamuk itu telah dilepaskan di negeri ini sejak Mac tahun lalu.

"Pada fasa pertama, projek ini menggunakan kaedah pelepasan telur nyamuk aedes berwolbachia dan kini ia memasuki fasa kedua iaitu fasa pelepasan nyamuk berwolbachia dewasa.

"Fasa kedua, hampir 100,000 ekor nyamuk dewasa berwolbachia akan dilepaskan dengan setiap 10,000 ekor bagi setiap pelepasan selama lapan minggu berturut-turut bermula hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian melakukan pelepasan nyamuk berkenaan bagi Fasa Dua di Taman Bemban Jaya di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Jelas beliau, tidak menolak bekalan nyamuk aedes yang dimplankan dengan bakteria Wolbachia akan mencapai tahap kritikal pada masa akan datang sekiranya kesedaran orang ramai masih kurang berkenaan perlepasan nyamuk itu.

Menurutnya, setakat ini benar negara tidak mengalami kekurangan nyamuk berkenaan, namun kempen kesedaran perlu terus diperkasakan.

"Mungkin boleh berlaku kerana masyarakat tiada kesedaran berkenaan pelepasan nyamuk ini," katanya lagi.