Covid-19: 6 penumpang kapal MS Westerdam disahkan negatif

Seramai 145 penumpang kapal MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu dan mengambil penerbangan ke Malaysia keesokan harinya.
Seramai 145 penumpang kapal MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu dan mengambil penerbangan ke Malaysia keesokan harinya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan ke atas enam penumpang kapal persiaran MS Westerdam disahkan negatif berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penumpang yang terdiri daripada empat warga Amerika Syarikat dan dua warga Belanda itu dalam keadaan sihat dan kini mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan selanjutnya.

"Pihak kedutaan yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian ini dan mereka akan dibenarkan untuk menaiki penerbangan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia sehingga ini kekal 22 orang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 83 tahun mangsa terbaharu, total 22 kes

Covid-19: Tunggu keputusan ujian kedua untuk pengesahan

Kemasukan kapal persiaran berlepas, transit dari China disekat

Kluster Covid-19 terbesar di luar China

Artikel Berkaitan: