‘Selagi ada wanita, kanak-kanak dizalimi, perjuangan hak asasi takkan selesai’ - Fadhlina

Hantaran dimuat naik Fadhlina di Facebook pada Selasa.
Hantaran dimuat naik Fadhlina di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Perjuangan hak asasi manusia tidak akan selesai selagi kisah keganasan rumah tangga dan penderaan melibatkan wanita serta kanak-kanak masih berlaku di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap orang berhak dilindungi daripada sebarang bentuk kekerasan, malah memelihara wanita dan kanak-kanak juga adalah perjuangan hak asasi kemanusiaan.

Beliau berkata, ia sama seperti mengimbas perjuangan hak asasi melalui Reformasi 1998 yang kini bukan sahaja berhasil dari segi menjana perubahan dalam politik, tetapi juga sosial, budaya dan sebagainya.

Fadhlina
Fadhlina

“Meskipun perjuangan menuntut hak asasi dimulakan lebih awal, mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 membuka mata saya dalam bab ini, selebihnya adalah sejarah.

“Namun, ia bukan kisah mata lebam pemimpin semata-mata, sebaliknya setiap manusia berhak dilindungi.

"Selagi ada wanita bermata lebam lantaran keganasan rumah tangga, menangis kerana dizalimi dan dinafikan hak, perjuangan tidak pernah selesai.

Artikel Berkaitan:

“Begitu juga kisah penderaan anak kecil yang masih memerlukan pembelaan dan perlindungan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Hak Asasi Manusia setiap 10 Disember.

Fadhlina berpandangan, dalam memperjuangkan hak asasi manusia, orang ramai juga perlu konsisten mengecam tindakan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Jangan sesekali kita lupa pembantaian rejim Zionis ke atas rakyat Palestin kerana ia penindasan terbesar hak asasi kemanusiaan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!