Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026. Gambar hiasan
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Selasa berdamaan 29 Syaaban 1447 Hijriah.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026
  • Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad
  • Tarikh puasa ditetapkan mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
  • Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia
  • Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!