Desak kerajaan pinda undang-undang terhadap pemandu mabuk

Gambar hiasan. (Gambar kecil:Ahmad Amzad Hashim)
Gambar hiasan. (Gambar kecil:Ahmad Amzad Hashim)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa meminda undang-undang bagi memastikan pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut dikenakan hukuman paling keras.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, selain hukuman dan denda yang lebih tinggi, pelaku juga perlu dipenjarakan untuk satu tempoh masa, malah hukuman sebat juga wajar diperkenalkan seperti yang dipraktiskan di Singapura.

Menurutnya, di negara lain seperti di Taiwan, kerajaan negara itu mahu memperkenalkan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian kerana isu ini telah mencetuskan kemarahan masyarakat di negara itu.

“Selain itu, saya juga ingin menggesa kerajaan agar meminda bukan sahaja undang-undang yang menghukum pemandu mabuk tetapi mekanisme perlindungan kepada mangsa juga perlu ditambah baik segera bagi menjamin keadilan kepada mangsa yang tidak bersalah.

“Dalam hal ini, saya mencadangkan agar hukuman diat atau ganti rugi kepada pihak mangsa juga wajib diberikan mengikut kadar tertentu berdasarkan hak dan keadilan bagi pihak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perkara itu memerlukan satu pindaan kepada Seksyen 432 Akta Kanun Tatacara Jenayah termasuk memberi ruang kepada pihak mangsa atau waris mangsa menentukan kadar ganti rugi yang wajar.

“Kerajaan juga perlu melakukan kajian bagaimana hukuman diat ini boleh disesuaikan dengan mekanisme yang diguna pakai hari ini iaitu melalui melalui kaedah insurans atau takaful,” katanya.

Artikel Berkaitan: