Angka korban koronavirus cecah 1,110 orang

Coronavirus -Foto AFP
Coronavirus -Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Angka kematian akibat koronavirus di China melonjak kepada 1,110 di seluruh negara hari ini apabila wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan merekodkan 94 kematian baharu.

Menurut laporan AFP, Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam kemas kini harian hariannya mengesahkan sebanyak 1,638 lagi kes baharu dikesan di wilayah tengah negara itu iaitu kawasan wabak itu mula dikesan pada Disember lalu.

Ketika ini terdapat lebih 44,200 kes disahkan di seluruh China berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Virus baharu tersebut dipercayai muncul tahun lalu di pasar menjual haiwan liar di ibu kota Hubei, Wuhan yang menjadi pusat penularan wabak berkenaan.

Koronavirus kini secara rasmi dinamakan 'COVID-19' pada persidangan di Geneva yang diadakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam berkata, kesemua negara mempunyai peluang untuk menghentikan penyebaran global virus berkenaan.

Katanya, walaupun 99 peratus kes itu berlaku di China di mana ia masih kekal dalam situasi 'sangat darurat', ia juga 'mempunyai ancaman yang sangat serius bagi seluruh dunia'.

Susulan itu, beliau menggesa negara-negara supaya berkongsi data untuk terus mengkaji penyakit itu.

Artikel Berkaitan:

Semalam pihak berkuasa China turut memecat dua pegawai kesihatan kanan dari Hubei di mana berpuluh-puluh juta orang diperintah berkurung sejak akhir bulan lalu dan mengetatkan sekatan di ibu kotanya, Wuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 nama baharu wabak koronavirus: WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama rasmi wabak koronavirus baharu yang tercetus dari bandaraya Wuhan sebagai Covid-2019.

Nama baharu itu diumumkan oleh ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan di Geneva setelah wabak itu meragut lebih 1,000 nyawa di seluruh dunia dengan jumlah jangkitan kes melebihi 40,000 majoriti di China.

"Kami kini mempunyai nama penyakit ini, Covid-19," katanya memetik laporan BBC News.

WHO sebelum ini meneliti nama baharu bagi virus ini bagi mengelakkan stigma buruk terhadap bandaraya Wuhan yang menjadi tempat bermulanya wabak koronavirus.

Agensi rasmi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sebelum ini yang mengisytiharkan darurat kesihatan global menamakan ia "penyakit pernafasan akut 2019-nCoV".