Tiga premis di Melaka dikesan jual topeng muka RM1

Topeng topeng muka dikesan dijual pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan di Melaka. - Foto 123RF
Topeng topeng muka dikesan dijual pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan di Melaka. - Foto 123RF
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan tiga premis di Melaka Tengah menjual topeng muka lebih tinggi daripada harga kawalan.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, topeng itu dijual RM1 seunit berbanding 80 sen sebelum kes koronavirus.

"Sebenarnya ada lima kategori topeng muka mengikut jenis dan berbeza harga runcit, jadi kita harap pengguna membuat aduan jika ada peniaga yang menjual barangan itu termasuk bekalan cecair pencuci dan anti bakteria pada harga tidak munasabah.

"Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 jika menjual topeng muka pada harga melebihi harga kawalan yang dibenarkan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, sebarang pelanggaran peruntukan akta berkenaan boleh menyebabkan individu terbabit didenda hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun hingga RM50,000.

Dalam pada itu, Norena menafikan terdapat bekalan itu disorokkan memandangkan kesukaran pengguna untuk mendapatkannya lebih-lebih lagi dalam situasi pengguna panik.

"Setakat ini kita tidak menerima aduan mengenai itu tapi kalau ade pengguna boleh memberikan alamat supaya tiada pihak mengambil kesempatan dalam situasi pengguna panik," katanya.

Artikel Berkaitan: