Premis jual khunafa tular pelanggan menari dikompaun, ditutup

DBKL mengambil tindakan kompaun dan menutup serta-merta premis menjaja khunafa dan manisan arab yang beroperasi tanpa lesen sah di Bukit Bintang pada Sabtu.
DBKL mengambil tindakan kompaun dan menutup serta-merta premis menjaja khunafa dan manisan arab yang beroperasi tanpa lesen sah di Bukit Bintang pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Premis menjual khunafa dan manisan arab yang tular aksi pelanggan menari dan berjoget di Bukit Bintang dikenakan tindakan kompaun dan ditutup serta-merta kerana beroperasi tanpa lesen sah pada Sabtu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL sebelum ini telah menjalankan pemantauan di premis tersebut.

Menurut kenyataan itu, hasil daripada pemantauan dijalankan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.

"Premis tersebut hanya mempunyai lesen hiburan semasa (promosi luar bangunan) dan semakan mendapati aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan warga asing tanpa permit sah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

DBKL memberitahu, dalam operasi itu, sebanyak satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah daripada DBKL.

"Premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976," ujar kenyataan tersebut.

DBKL memaklumkan, dalam operasi sama, pihaknya turut menjalankan tindakan penguatkuasaan di sebuah premis lain.

Jelas DBKL, hasil pemantauan mendapati premis tersebut meletakkan dua meja kayu bulat dan empat kerusi di atas siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.

Artikel Berkaitan:

"DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," ujar kenyataan itu.