Berita palsu koronavirus: Polis buka 22 kertas siasatan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 22 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan penularan wabak koronavirus.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, sebanyak dua kes dituduh di mahkamah yang mana tiga pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan satu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

"Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.

"Jika sabit salah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM juga menggesa orang ramai supaya menghentikan spekulasi berkenaan siasatan yang dijalankan.

Menurutnya, sebarang kenyataan ataupun artikel yang berkaitan dengan perkara itu tidak sewajarnya dimuat naik atau dikongsi di laman sosial dan sebagainya kerana dikhuatiri akan mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam negara ini.

"Orang ramai diharap dapat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan siasatan dengan telus dalam menegakkan keadilan dan memelihara kedaulatan undang-undang," katanya.

Pada 5 Februari lalu, seorang wartawan didakwa di Mahkamah Majistret atas tiga tuduhan membuat kenyataan membabitkan koronavirus di laman Facebook miliknya, Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Tawfiq Affandy Chin.

Sementara itu, pada 6 Februari, seorang penjual santan didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Gabungan Anak Terengganu (GATE) Original itu dibuat di sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini, jam 8.22 pagi, pada 27 Januari lalu menggunakan akaun Facebook Ali Dapicey.

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan didakwa timbulkan ketakutan mengenai koronavirus di Facebook

Penjual santan didakwa sebar berita palsu koronavirus