Kajian dedah negara berisiko import koronavirus

Carta tersebut menunjukkan negara yang berisiko mengimport koronavirus.
Carta tersebut menunjukkan negara yang berisiko mengimport koronavirus.
A
A
A

BERLIN - Satu kajian yang meluas oleh Universiti Humboldt dan Institut Robert Koch di Jerman menyenaraikan negara yang berisiko mengimport koronavirus selepas menganalisis corak lalu lintas udara yang menghubungkan 4,000 lapangan terbang di seluruh dunia dengan lebih 25,000 hubungan secara langsung.

Model tersebut adalah berdasarkan tiga faktor risiko import relatif, laluan penyebaran paling mungkin dan masa ketibaan relatif.

Menurut kajian itu, risiko import relatif adalah peratusan individu dijangkiti yang mungkin berkunjung di kawasan terjejas (China).

Senarai teratas negara yang mungkin 'mengimport' koronavirus adalah Thailand dengan risiko import relatif sebanyak 2.179 peratus disusuli Jepun dengan 1.715 peratus, Korea Selatan dengan 1.101 peratus, Hong Kong dengan 0.980 peratus dan Taiwan dengan 0.923 peratus.

Di bawah senarai itu, Malaysia turut berada dalam senarai 10 negara yang mungkin 'mengimport' koronavirus dengan 0.684 peratus.

"Ini bukan alat untuk melakukan ramalan kuantitatif. Pegawai kesihatan awam dan pembuat dasar perlu mengikut gerak hati kerana virus ini adalah sesuatu yang baharu.

"Model boleh membantu anda mengembangkan gerak hati anda," lapor Science Magazine memetik kenyataan ketua pasukan itu, Dirk Brockmann. - Agensi

Artikel Berkaitan: