X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital sementara di China mula terima pesakit koronavirus

Hospital sementara untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus. -Foto AFP, Getty Image
A
A

WUHAN - Sebuah pusat pameran di Wuhan yang diubah suai menjadi hospital sementara untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus memulakan operasinya semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Hospital itu mempunyai kira-kira 1,600 katil.

Selain itu, dua lagi kemudahan awam yang diubah suai menjadi hospital sementara dilengkapi 2,800 katil mula menerima pesakit yang mempunyai gejala ringan.

Berdepan tugas sukar untuk merawat pesakit yang ramai, Wuhan meningkatkan usaha membina dan mewujudkan lebih banyak kemudahan perubatan.

Pada 3 Februari, kerja pengubahsuaian bermula di 13 tempat termasuk gimnasium, pusat sukan dan pusat pameran.

Pada masa ini, Wuhan mempunyai 28 hospital yang dikhaskan untuk merawat pesakit dijangkiti virus maut itu menyediakan lebih 8,250 katil, kata timbalan setiausaha Parti Komunis China Jawatankuasa Perbandaran Wuhan Hu Lishan pada sidang akhbar mengenai kawalan dan pencegahan wabak koronavirus.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti koronavirus meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. - Foto Xinhua
Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti koronavirus meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. - Foto Xinhua

Berikutan hospital berdepan masalah kekurangan katil, Wuhan melipatgandakan usaha dengan menjadikan hospital swasta, hotel, sekolah dan tempat-tempat lain yang sesuai sebagai pusat kuarantin, pemerhatian dan merawat pesakit.

Hubei telah melabur dana berjumlah 400 juta yuan (lebih AS$57 juta) untuk membina tempat merawat pesakit di seluruh wilayah itu.

Sejumlah 16,678 kes jangkitan koronavirus dilaporkan di wilayah Hubei kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah korban koronavirus di Hubei meningkat 549 orang

Jumlah kematian akibat novel koronavirus di wilayah Hubei, China meningkat kepada 549 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti juga meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665.

Lebih 630 lagi dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Sputnik.

Wabak koronavirus (2019-nCoV) pertama kali dikesan di bandar Wuhan di Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 buah negara.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran penularan wabak itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!