Punca tiga beranak dijangkiti batuk kokol disiasat - Dr Zaliha

Dr Zaliha
Dr Zaliha
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat punca tiga beranak yang dijangkiti wabak Pertussis (batuk kokol) di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, penemuan awal jangkitan itu kemungkinan berlaku bermula daripada ibu kanak-kanak tersebut.

"Salah seorang anak pesakit dirawat di hospital namun telah dibenar pulang," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan antara KKM dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri KPKT, Nga Kor Ming.

Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.

Ia boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak pada umur dua, tiga, lima, dan 18 bulan dan kanak-kanak yang mendapat pelalian lengkap hanya akan mengalami gejala ringan tanpa risiko komplikasi jika dijangkiti.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengesahkan jangkitan Pertussis di Kampung Bahagia adalah terkawal dan tiada kes baharu dikesan.

Seramai 37 individu membabitkan ibu bapa, ibu saudara, jiran dan rakan sekerja dikesan sebagai kontak rapat.

Artikel Berkaitan: