Kanak-kanak warga China positif koronavirus disahkan sihat

Kanak-kanak warga China yang berusia empat tahun (kanan) bersama ahli keluarganya selepas dibenarkan pulang. -FOTO: IHSAN KKM
Kanak-kanak warga China yang berusia empat tahun (kanan) bersama ahli keluarganya selepas dibenarkan pulang. -FOTO: IHSAN KKM
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak warga China yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi akibat positif koronavirus dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan sihat sepenuhnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kanak-kanak perempuan itu sebelum ini disahkan positif pada Rabu lalu telah dirawat di wad isolasi hospital berkenaan.

"Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini, sampel klinikal telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut," katanya.

Menurutnya, hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya telah didapati negatif.

Keluarga warga China berkenaan bersama petugas Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. - FOTO: IHSAN KKM
Keluarga warga China berkenaan bersama petugas Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. - FOTO: IHSAN KKM

"Dia kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang," katanya.

Beliau berkata, kes berkenan menunjukkan jangkitan koronavirus boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

"Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

Artikel Berkaitan:

"KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang," katanya.