Anwar ingatkan pemimpin Islam jangan mudah menjatuhkan hukum

Anwar ketika menyampaikan tazkirah di kediamannya di Segambut di sini malam ini.
Anwar ketika menyampaikan tazkirah di kediamannya di Segambut di sini malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin Islam di negara ini diingatkan agar tidak mudah mencerca atau menjatuhkan hukum ke atas seseorang tanpa bukti yang sahih semata-mata tidak sealiran dalam politik.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perkara itu tidak ditangani ia dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada agama Islam itu sendiri.

Jelasnya, disebabkan sikap angkuh dan menganggap diri mereka sahaja yang betul sehingga tidak boleh ditegur turut menjadikan badan dan kepimpinan Islam menjadi lemah.

"Padan tahun 1976, saya bersama Allahyarham Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden Pas membuat kunjungan ke dunia Arab iaitu ke Saudi, Kuwait dan Mesir. Ketika di Riyadh (Arab Saudi) kami bertemu berjumpa dengan pejuang dan ulama terkenal Lubnan.

"Dalam pertemuan itu, beliau ada ada tekankan peringatan tentang kerosakan badan Islam kerana tokoh Islam kononnya ulama yang bertopengkan jubah dan sebagainya tapi terlalu obses dan angkuh.

"Cepat menghukum orang mengkafirkan orang yang tidak mendengar pandangan (mereka) serta membuat fatwa ikut selera, mencerca dan mempertikai orang tanpa asas. Kemudian selepas 30 tahun, kelemahan parti Islam itu ternyata (berlaku) dan berpunca daripada sikap yang sedemikian (pemimpin yang cepat menghukum)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Zikir, Selawat Nuril Anwar dan Bacaan Yaasin di kediamannya di Bukit Segambut di sini malam ini.

Terdahulu, Anwar dalam takzirahnya bertajuk 'Melayu dan Islam' turut menyentuh perkara sama.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Anwar berkata, memiliki ilmu atau pengetahuan agama yang tinggi bukan tiket untuk seseorang itu mudah menjatuhkan hukum ke atas pihak lain.

Katanya, bagi memastikan setiap perkara atau perbuatan yang dilakukan pemimpin itu benar-benar selari dengan Islam, pengikut parti atau pemimpin tertentu perlu berusaha untuk sentiasa mendalami ilmu.

"Hanya dengan ilmu dan pengetahuan yang jelas mampu memberi kefahaman yang lebih jelas dan tidak hanya obses semata-mata," katanya.

Sementara itu, kira-kira 400 tetamu menghadiri majlis agama yang diadakan setiap Ahad di kediaman Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu.