Sila log masuk terlebih dahulu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PengajianHadis40" />

'Bukan Islam jangan campur tangan pengajian hadis 40 di sekolah '- MAPIM

25 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 25 Ogos 2023

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyelar tindakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dengan dakwaan ia bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, MCCBCHST tidak berhak mempersoal usaha Kementerian Pendidikan untuk memupuk ilmu dan nilai Islam kepada pelajar Islam berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis.

Menurut Mohd Azmi, kenyataan MCCBCHST bahawa Islam harus terbatas hanya kepada urusan peribadi dan majlis rasmi yang bersifat "ceremonial" semata-mata, jelas menunjukkan cubaan campur tangan dalam hal ehwal dan pengajian Islam.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PengajianHadis40