X

Kindly register in order to view this article
!

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jangkitan lebih tinggi daripada SARS


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus