Korban koronavirus meningkat 170 orang

No Image Caption
A
A
A

WUHAN - China mengesahkan jumlah korban wabak koronavirus meningkat kepada 170 orang pada Khamis.

Ketika ini wilayah Hubei yang paling teruk terjejas dengan 38 kematian baharu dilapor.

Pusat penularan koronavirus yang mencetuskan kebimbangan global itu melaporkan 1,032 kes jangkitan baharu yang disahkan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memaklumkan, kes kematian pertama turut dikesan di barat daya wilayah Sichuan dan Tibet.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada wabak itu harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global - suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

Artikel Berkaitan: