X

Kindly register in order to view this article
!

Patut gantung visa kepada seluruh warga China: Najib

Najib mempersoal keputusan kerajaan membuat penggantungan hanya untuk penduduk di bandar Wuhan dan wilayah Hubei sehaja.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan seharusnya menggantung pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu bagi mengekang penularan koronavirus di Malaysia.

Menurutnya, penggantungan itu tidak sepatutnya untuk penduduk di bandar Wuhan dan wilayah Hubei sehaja.

“Datuk Bandar Wuhan mengaku semalam bahawa lima juta penduduk bandar itu telah berjaya keluar sebelum sekatan dikenakan kerajaan China bermula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu kerajaan memantau keadaan rakyat Malaysia di kawasan terjejas terutamanya di bandar Wuhan.

“Kepada para petugas terutama kakitangan perubatan serta penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan krisis ini, terima kasih atas pengorbanan demi negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Kerajaan gantung sementara visa warga China

"Saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga kita semua dilindungi ALLAH,” katanya.

Kelmarin, Duta Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin mengesahkan hanya tinggal 28 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar dan profesional masih berada di bandar Wuhan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!