Wabak virus korona: Angka kematian cecah 17 orang

Kakitangan perubatan di hospital Zhongnan di Wuhan memakai sut khas selepas 15 rakan mereka dijangkiti virus seperti SARS tersebut. - Foto AFP
Kakitangan perubatan di hospital Zhongnan di Wuhan memakai sut khas selepas 15 rakan mereka dijangkiti virus seperti SARS tersebut. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - China hari ini mengesahkan kematian akibat virus korona 2019-nCoV telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 17 orang manakala jumlah jangkitan mencecah 571 kes selepas ia kini merebak di bandar utama lain di seluruh negara.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengesahkan virus tersebut boleh disebarkan antara manusia terutamanya mereka yang berhubungan rapat dengan pesakit.

Agensi itu yang mengadakan mesyuarat semalam masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengisytiharkan kecemasan kesihatan global yang biasanya diumumkan apabila sesuatu wabak menjadi semakin buruk.

WHO memberi alasan mereka masih memerlukan maklumat lanjut sebelum langkah itu dibuat.

Difahamkan, jawatankuasa kecemasan akan bertemu sekali lagi pada hari ini selepas Pengerusinya, Didier Houssin memaklumkan pakar gagal mencapai kesepakatan tentang perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ular punca wabak virus korona di China?

Wuhan, bandar bermulanya virus misteri

Ketika ini, Wuhan di wilayah Hubei diletakkan di bawah langkah kuarantin yang turut menyaksikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam seperti kereta api dihentikan sementara manakala acara awam juga dibatalkan.

Artikel Berkaitan:

Pusat Perintah Khas Antivirus Wuhan menyatakan langkah kuarantin itu perlu untuk membendung penularan virus 2019-nCoV tersebut selain menjamin kesihatan dan kesihatan penduduk.

Pihak berkuasa di bandar terbabit juga mewajibkan kesemua penduduk memakai topeng di tempat awam sebagai langkah berjaga-jaga. - Agensi