Warga asing kantoi guna kereta tempatan seludup petrol

KPDN Kelantan menahan seorang warga asing selepas kantoi menyeludup minyak petrol menggunakan kereta tempatan semasa melalui ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah pada Rabu.
KPDN Kelantan menahan seorang warga asing selepas kantoi menyeludup minyak petrol menggunakan kereta tempatan semasa melalui ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah pada Rabu.
A
A
A

TANAH MERAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang warga asing selepas kantoi menyeludup minyak petrol menggunakan kereta tempatan semasa melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini pada Rabu.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan pada jam 5.45 petang hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa.

"Semakan mendapati suspek telah menggunakan pas lawatan sementara untuk tujuan tersebut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kereta jenis Proton Waja itu mempunyai tangki ubah suai dengan tujuan membawa muatan minyak petrol," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, KDPN Kelantan menjumpai 95 liter minyak petrol dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM194.75.

Ujarnya, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman memberitahu, KPDN Kelantan akan terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan dapat di kekang.

"Kita akan memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan dan agar peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan, selain memastikan juga bekalan agar mencukupi kepada pengguna.

Artikel Berkaitan:

"KPDN Kelantan bertegas tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat," katanya.

Menurut Azman, orang ramai disaran untuk terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkait dengan aktiviti penyeludupan ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!