Tindakan pantas bomba berjaya kawal kebakaran kilang cat

Keadaan kebakaran kilang berkenaan, pada Isnin. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Keadaan kebakaran kilang berkenaan, pada Isnin. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas 50 anggota bomba dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berjaya mengawal kebakaran di sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Lima Kedai di sini pada Isnin.

Lima BBP tersebut ialah BBP Iskandar Puteri, Larkin, Pontian, Kota Tinggi termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Senai dan Kulai Besar.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd Kamal Shaari, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 6.37 petang.

Katanya, sebaik menerima panggilan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan tiga jentera fire rescue tender (FRT) satu lori tangki air, satu jentera ILP dan satu jentera Rapid Rescue Vehicle (RRV) dengan 42 anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kebakaran berkenaan melibatkan sebuah kilang cat dan operasi pemadaman giat dijalankan.

“Daripada maklumat awal yang diterima, kebakaran berkenaan tidak melibatkan mangsa, namun difahamkan di dalam kilang berkenaan mengandungi bahan-bahan mudah terbakar seperti dolvent, aseton, dan dme.

“Selain itu, terdapat tujuh unit bangunan kilang di kawasan tersebut. Pada mulanya, pihak bomba hanya dapat mengawal kebakaran dari merebak ke tiga unit premis sebelum empat unit lagi berjaya dikawal selepas itu,” katanya.

Menurut sumber, kebakaran bermula di bahagian gudang (warehourse) kilang berkenaan sebelum merebak ke kawasan-kawasan lain.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba cuba memadamkan api yang marak di kilang berkenaan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Anggota bomba cuba memadamkan api yang marak di kilang berkenaan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Operasi pemadaman yang dijalankan menggunakan teknik defensive dan offensive serta pemadaman menggunakan foam.

Operasi pemadaman kebakaran kilang tesebut secara keseluruhannya melibatkan tiga jentera FRT, dua jentera tanker (tangki air), satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP), satu jentera Lighat Fire Rescue Tender, satu jentara compact fire rescue tender (CFRT), satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan dibantu dua jentera daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Senai dan Kulai Besar.

Operasi turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Johor (SAJ) dan Angkatan Pertahanan Awaam Malaysia (APM).

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Ketika ini kerja-kerja ‘cooling’ masih dijalankan di lokasi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!