Lelaki rogol remaja 15 tahun dikenali menerusi Tik Tok dipenjara 10 tahun, dua sebatan

Seorang lelaki Timur Leste dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis kerana merogol seorang remaja bawah umur dikenalinya menerusi media sosial TikTok, tahun lepas.
Seorang lelaki Timur Leste dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis kerana merogol seorang remaja bawah umur dikenalinya menerusi media sosial TikTok, tahun lepas.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki Timur Leste dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana merogol seorang remaja bawah umur dikenalinya menerusi media sosial TikTok, tahun lepas.

Hakim Monica Linsua membuat keputusan itu selepas Rafinus Bata Tukan, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Monica memerintahkan tempoh penjara bermula daripada tarikh tangkap, iaitu 19 Disember tahun lepas dan lelaki itu dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai hukuman.

Menurut fakta kes, pada 7 Disember 2025 seorang individu membuat laporan polis tentang kehilangan anak perempuannya pada 6 Disember selepas dikatakan keluar mengikut tertuduh yang baharu dikenali sebulan melalui TikTok, dengan menaiki motosikal.

Mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan semasa kejadian kemudian memberitahu bapanya bahawa lelaki itu telah merogolnya di bilik sewa tertuduh di Inanam pada kira-kira 7 malam 7 Disember.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki Timur Leste dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana merogol remaja bawah umur yang dikenali menerusi TikTok
  • Hakim Monica Linsua membuat keputusan selepas Rafinus Bata Tukan mengaku bersalah
  • Tempoh penjara bermula tarikh tangkap, 19 Disember tahun lepas dan akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas hukuman
  • Mangsa berusia 15 tahun sembilan bulan semasa kejadian
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!