Kilang cat terbakar: Polis tunggu laporan bomba

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Kumarasan)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Kumarasan)
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Polis sedang menunggu laporan siasatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengetahui sama ada insiden kebakaran kilang cat di Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman pada Isnin mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihak bomba masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk Kampung Melayu Lima Kedai yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan agar berhati-hati biarpun api sudah berjaya dipadamkan sepenuhnya pihak bomba.

"Kita nasihatkan walaupun api dah padam, penduduk diharap berhati-hati sebab kita pun tak tahu apa akan terjadi.

"Pihak bomba akan jalankan siasatan dan kita tunggu kenyataan daripada mereka. Semalam pun ada letupan di tempat kejadian, tetapi dapat dikawal oleh pihak bomba," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung insiden kebakaran sebuah kilang cat yang berlaku di Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman pada Isnin.

Untuk rekod seramai 50 anggota bomba dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat bagi memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.

Kelima-lima lima BBP tersebut ialah BBP Iskandar Puteri, Larkin, Pontian, Kota Tinggi termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Senai dan Kulai Besar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!