3 penjawat awam ditahan minta rasuah permudah urusan mohon tanah

Tiga penjawat awam minta rasuah RM25,000 untuk permudahkan urusan permohonan tanah ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu bagi permohonan tahanan reman pada Isnin.
Tiga penjawat awam minta rasuah RM25,000 untuk permudahkan urusan permohonan tanah ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu bagi permohonan tahanan reman pada Isnin.
A
A
A

KEMAMAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan reman tiga penjawat awam sebuah jabatan berkaitan urusan tanah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM25,000.

Sumber berkata, suapan tersebut dibuat bagi memudahkan urusan permohonan tanah E-Haram di negeri terbabit.

Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia sekitar 30-an dan 40-an ditahan lewat petang Ahad ketika hadir memberikan keterangan di SPRM Kemaman.

"Perintah reman selama enam hari bermula hari ini (Isnin) sehingga Sabtu ini telah dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin selepas SPRM membuat permohonan reman tersebut di Mahkamah Majistret Kemaman pada pagi Isnin.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek melakukan kesalahan tersebut antara 2022 hingga 2023.

"Mereka juga turut terlibat secara langsung dalam menjalankan siasatan, membuat pengukuran sempadan serta menyediakan ulasan teknikal bagi tanah yang dipohon," katanya pada Isnin.

Sumber berkata, sepanjang tempoh 2022 hingga 2023, didapati wujud beberapa transaksi wang ke akaun salah seorang suspek sehingga mencecah kira-kira RM25,000.

Tambahnya, kesemua suspek turut disyaki menerima antara RM500 hingga RM800 mengikut tugasan daripada pemohon.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan mengenai penahanan terbabit dan menyatakan kes disiasat di bawah akta 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!