Minta suapan RM16,000, penjawat awam wanita ditahan SPRM

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,000.

Sumber berkata, suapan tersebut diberikan bagi kelulusan pecah bahagian tanah di salah sebuah Pejabat Daerah dan Tanah di negeri ini.

Sumber memberitahu, suspek wanita berusia lingkungan 40-an dipercayai telah ditahan kira-kira jam 2 petang pada Selasa di pejabat SPRM cawangan Kuala Selangor ketika diminta hadir memberi keterangan.

"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah di sekitar daerah tersebut yang ingin memohon kelulusan pecah bahagian tanah.

"Siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM16,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada tahun 2022," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes disiasat bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Selangor pada Rabu.

Artikel Berkaitan: